Friday, October 24, 2008

Buang Bayi..


KUALA LUMPUR: Tiga bayi termasuk seorang yang masih hidup dibuang di Lembah Klang dalam tempoh dua hari menyebabkan dua daripadanya meninggal dunia.

Insiden itu menunjukkan betapa kejinya sikap tiga ibu dan juga bapa durjana yang sanggup membuang anak mereka selepas dilahirkan.

Mereka seolah-olah hilang pedoman hidup sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Terbaru, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati berhampiran sebuah loji di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mayat bayi masih bertali pusat itu ditemui orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Kelmarin, dua bayi ditemui orang ramai termasuk seorang yang masih hidup di sekitar kawasan Ampang dan Bandar Kinrara, Puchong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi terbabit.

Sumber:
Harian Metro

******************************************************************

Subahanallah.
Aku rase geram, sedih, kecewa dan amat marah dgn manusia yang tak berhati perut yang tergamak memperlakukan insan kecil seperti itu.
Dorang ni kan bkn manusia tau tapi binatang, sedangkan binatang pon tahu syg kan anak. huish..!

Taktau ke sok2 anak-anak itu la yg akan doakan bile kite dh takde nanti.
aduhaiii.. geramnye lah.

Tergamakkah buang bayi secomel ini??

*taktau nape hari ni mood aku cam sedih, sensitif je.. hmm.. Lagi2 baca berita ttg buang bayi, lagi la den sodih. Kalau takmo bagi aku je lah. Mengong btoi. =(


25 comments:

ezo said...

ish3...

memang tak berhati perut la siapa2 yang buang anak ni...

memang patut kena bunuh je diorang ni..

sedih mengenangkan anak kecil yang baru nak kenal dunia tapi dibuang merata2..

sadis...

:(

PENDEKAR said...

mereka ini cuma nak melepaskan bebanan(yang dikira), kita boleh lari sejauh mungkin bila melakukan kesalahan begini namun...... sampai bila.

;-(

Nad Eusoff said...

nad ada dgr berita ni sis..
seksyen 10 tuh dkt je ngn uma nad..
mmg sedih giler!
takde hati perut betul!!!

Wawa_Nadwa said...

ezo:

hmm..
tuh la dorng mmg kejammmm sgt.
klu la tau sape yg buang tuh sula je lagik bgus.

Wawa_Nadwa said...
This comment has been removed by the author.
Wawa_Nadwa said...

pendekar:

hmm..
tak rase berdosa ke buat camtuh kan.

Wawa_Nadwa said...

nad eusoff:

yeke?
dkt je kan ngn umah kite.
zalim btoii.
=(

* ayu * said...

astaghfirullah...
i cried reading this..


dah tau buat dosa.. bukannya nak tebus malah tambah lagi dosa tuh..

alahai...
:(

Mohd Kamal said...

bila hati dh hitam, rasa belas kasihan pn hilang. tergamak dibuang mcm tu.. apa la yg dia pikir dlm kepala otak time tu?? orang mcm ni patut kena rejam je..


p/s: tq sbb add my site dlm ur blog list.

Rashid said...

Salam wawa,
Semua ini adalah cerminan manusia yang semakin hilang nilai kemanusiaan, hilang rasa dan sentuhan kasih sayang.

Masih ada manusia sebegini..

Wawa_Nadwa said...

*ayu*:

wawa pon nangis jgk wat this entry.
hmm..
=(

Wawa_Nadwa said...

mohd kamal:

org2 camni mmg dh gelap hati dh pon.
x sedar ape yg dorng buat tuh.
salah sape kah ini??

p/s: sama-sama =)

[yAN!e][pUTraJAya] said...

sungguh jahat orang itu yg membuang bayi....

buat anak pandai...

nak jaga anak tak gheti2...

aper nak jadi la dengan diorang nih....

huhuhuhu...

=[

nanonano said...

bila dah terspit,
kepala dah buntu
mulela xdpt pikir pjg,
yg jd mangsa, baby tu,
yg dpt diselamatkan,alhamdulillah la,
yg xdpt tu,..
siannye :(

Lepidoptera said...

ish... kalau dh tk nk tu bg kat sy pun tkpe... biya sy jaga leklok. ape punye manusia nih?

Wawa_Nadwa said...

kak yanie:

dorang bkn setakat jahat kak.
kejam gilezzzzz..

Wawa_Nadwa said...

nanonano:

apekah nasib bayi tu nanti bile dh besar?
klu bayi pompuan sok nk kawen ssh tau.
adoiii..
shian kan..

Wawa_Nadwa said...

lepidoptera:

tu la.
klu taknak bg wawa pon xpe jgk.
=)

My name is Mrs Taj said...

tak suka! tak suka! tak suka!! sggh keji org itu!!!

Wawa_Nadwa said...

my name is mrs taj:

sy pon tak suke!!
tak suke.
tak suke.

chuckiesd said...

memang keji betul...tak der perasaan manusia tu...orang sibuk nak ader anak...die orang suker2 jer buang anak...aper laaa....

Wawa_Nadwa said...

chuckiesd:

dorng ni ade otak letak kt lutut.
ni la jdnye.

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said...

acik mmg x bleh baca bab2 buang anak...sedih beb..
nak2 saya dah pon menjadi ibu..
naluri seorang ibu kan..
tapi pelik ler..
kenapa bayi yang x berdosa ni dibuang begitu sahaja...

keji betol...
kot ye pon letak ler kt tmpt2 yg selamat...

mmg x berperikemanusiaan langsung...

emo sat nooo...

Wawa_Nadwa said...

fieza:

sabau acik eyh sabauuuuu...
(~_^)

twistiesgurl said...

orang skang dh berani buang2 anak...
kite lg sayang budak..dorang suke2 je buang...
ape la nk jadi org zaman skang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998