Tuesday, October 14, 2008

BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sumber : Utusan Malaysia

*******************************

Aku ada baca utusan online arini, wahh! terkejut beruk aku dgn berita nih. Sib baik den tak labur lagi duit, kalau tak abes lebur. Kekekkke!

Huh! SELAMAT!!

18 comments:

ezo said...

selalu jugak nampak sticker buluhmas tu kat kereta orang..
itu la, bende MLM ni ada yang ok dan ada yang tak..
memang dari dulu malas nk join...

ku tak sempurna said...

aku mmg tak percaya ngan skim camni... takyah la nak kaya cepat

p/s : weh lagu apa kat blog ko ni... aku dah jatuh chenta la...

Nad Eusoff said...

nad dah baca kat isuhangat.blogspot..
mula2 cam tak caye..tp biler tgk sumber bernama, ni kes siyes ar nih..
hahah
seb bek mak nad tak join..ader la kawan dia dok ngok ngek paksa2 masuk plak..
nasib baik mak bo layan!
selamat!

z@md0tc0m ^^ said...

my friend ada sorang melabur dlm buluhemas tuh..memang lebur la duit dia RM4K..kesian dia

kalo la dia belanja kawan dia ni makan pun nampak jugak kemana peginya duit RM4K tuh kan?

Tak pe..sama-sama amik iktibar lah..

Wawa_Nadwa said...

ezo,
mmg wawa ade nmpk jgk org tampal.
mende ni dh lame dh cume x berminat nk masuk.
bile org cbuk dok kate tu terjebak la jgk.
hukhukhuk!
sib baik x masuk.
=)

Wawa_Nadwa said...

ku tak sempurna,

lagu Jason Mraz ft Colbie Caillat-LUCKY..

=)

Wawa_Nadwa said...

nad eusoff,
tu la rmai org cite psl ni.
sib baik x j0in klu tak lebur wet ku.
haha!

Wawa_Nadwa said...

zamdotcom,
byk nye kwn u melabur.
hmm.
xpe la bende nk jadik kan.
sama2 kite amek iktibar yer.
=)

cHeRyNa PiReS said...

bukan senang nak senang...
bersyukurla pade yg belum melabur...
baik simpan duit je skang:D

GM Yusri said...

Salam sis
Dis is my 1st visit here
Nice blog
Hehe
Keep it up!
:)

Check it out also
http://bizlimited.wordpress.com
Salam
:)

Pemain catur said...

Salam
Kalo minat chess check ni
http://chessaurus.wordpress.com

Wawa_Nadwa said...

cheryna,
tu la bkn senang mau jd senang..
so rmai2 la kita menambung yer.
=)

Wawa_Nadwa said...

GM YUsri:

Maceh sudi singgah blog ini.
=)

Wawa_Nadwa said...

pemain catur:

malang nyer ku tak reti loh main chess nih.
main DAM reti aar.
kekkeek!
=)

Rohaizan said...

Apa2 skim yang amik duit dgn janji keuntungan berlipat ganda dgn duduk goyang kaki je memang patut diragui.

Dalam skim MLM yang sebenar pun kena buat kerja. Pulangan kena sepadan dengan usaha.

etomyam said...

buluhmas? x pernah dengar pulak, memang org kita jenis yg malas keje tapi nak kaya cepat....

Wawa_Nadwa said...

rohaizan:

Mula2 mmg x caye.
tapi bile ade sedara mara yg masuk cam terpengaruh la jgk tuk join.
tapi sib baik x masuk.

penah dgr jgk psl MLM.
takot nk masok mane la tau kan kena tipu.

Wawa_Nadwa said...

etomyam:

tapi wawa dgr org2 yg ssh masuk mende nih.
haa.. lagik kesian.
buat loan sane sini.
klu labur ckit xpe jgk.
ni klu smpai puluhan ribu??
putih mata. sia2 je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998