Friday, September 5, 2008

Mencari Keistimewaan Ramadhan



RASULULLAH bersabda: "Umatku telah diberikan dalam Ramadan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat yang lain sebelum mereka. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga berbuka. Setiap hari, Allah akan menghiasi syurga-Nya dan berkata, 'Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu'.

Dirantai syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan lain.

Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadan. Ditanyakan kepada Rasulullah: "Adakah ia Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Tidak!, Namun seorang pekerja akan diberi ganjarannya apabila ia menyelesaikan kerjanya" - hadis riwayat Ibni Hibban.

Keistimewaan pertama bagi orang yang menunaikan ibadah puasa adalah pada hari akhirat. Allah mengurniakan pahala dan gantian bau busuk mulut ketika berpuasa lebih harum daripada bau kasturi.

Ini juga bermakna bahawa amalan puasa merupakan ibadah istimewa yang dicintai Allah. Sebab itulah, pahala puasa dinilai oleh Allah sendiri berbanding dengan ibadah lain. Bagi memperoleh keistimewaan ini, amalan puasa mestilah menjaga adab susila yang ditetapkan bukan sahaja dengan berlapar dan dahaga sahaja.

Dalam hadis yang lain, tegas Rasulullah: "Allah Azza wa Jalla berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa; puasa itu adalah untukKu dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, janganlah kamu rosakkan puasamu itu dengan mengumpat dan menghina orang. Apabila kamu dihina atau disakiti orang, maka katakanlah, 'Aku berpuasa.' Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa, ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka, dia gembira dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal dunia), dia gembira dengan puasanya." - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Cara dan amalan puasa mengikut Rasulullah ialah menyegerakan berbuka, mendahului berbuka dengan rutab (tamar baru masak), tamar kering atau air, segerakan solat Maghrib, makan secara sederhana dan berdoa ketika berbuka.

Orang yang berpuasa didoakan oleh makhluk lain termasuklah para Malaikat yang sentiasa beristighfar kepadanya. Daripada Ibnu Abbas ra, dia berkata: "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Kalau sekiranya umatku mengetahui kebaikan dalam bulan Ramadan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang tahun dijadikan Ramadan. Ini kerana semua kebaikan terkandung dalam bulan berkenaan. Ketaatan diterima dan semua doa dimakbulkan dan diperkenankan dan semua dosa diampuni dan syurga merindui mereka".

Ganjaran istimewa bagi orang yang berpuasa adalah syurga. Bagi orang yang berpuasa dikhaskan pintu syurga yang bernama Ar-Rayyan. Daripada Sahl bin Said ra bahawa Nabi Muhammad bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari Kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa). Apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini." - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Rebutlah peluang untuk beramal ibadah pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Pesanan Rasulullah s.a.w dalam khutbah terakhir Sya'aban kepada para Sahabat, riwayat Ibnu Khuzaimah dari Salaman ra: "...Sesiapa memberi makanan berbuka pada bulan Ramadan kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian merupakan pengampunan terhadap dosanya dan pembebasan diri dari neraka. Orang yang memberi makanan berbuka puasa baginya pahala seperti pahala orang yang melaksanakan puasa, tanpa sedikit pun berkurangan".

-kosmo

4 comments:

canadian penny stocks said...

very nice! hahahahaha

stock market report said...

im here because of few cents for you. just dropping by.

dollar picker said...

well its nice to know that you have great hits here.

dollar pickers said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998