Thursday, June 12, 2008

Antara Cinta Ghairah dan Cinta Teman

Photobucket

by Ramli Abdul Samad (GuaCom)

Cinta ghairah merupakan paduan daripada keintiman dan keghairahan. Pasangan yang baru dilanda cinta akan merasakan tarikan keghairahan fisikal begitu kuat sehingga ia menjadi landasan bagi mereka berghairah apabila bertemu.


Mereka yang dilamun cinta jenis ini akan mengiktiraf pasangannya sebagai yang ideal dan tidak mungkin mampu menilai secara objektif adanya kekurangan pada pasangan mereka. Mereka mengalami badai mabuk cinta atau ‘cinta buta’. Mereka merasakan cinta mereka dibalas, dihargai dan mereka dalam kedudukan saling diingini.

Tetapi berapa lama perasaan cinta ghairah ini boleh bertahan? Bagaikan pasti pasangan ini akan dihadapkan dengan kenyatan hidup yang penuh cabaran. Dunia fantasi diambil alih oleh tuntutan hidup yang mencabar.

Mereka akan dikurniakan cahaya mata, menghadapi kehidupan rutin dan monotoni, komunikasi berkurangan dan kebosanan mulai meresap. Perasaan ghairah dan romantis tidak lagi terasa dalam hubungan. Aktiviti intim semakin berkurangan dan jika dilakukan, ia lebih berdasarkan kepada keperluan biologi daripada rasa emosi dan ghairah yang kuat.

Umumnya cinta ghairah tidak berpanjangan selagi ia berdasarkan unsur fantasi. Bagaimanapun dengan adanya usaha untuk memupuk cinta itu, maka romantisme dalam percintaan akan kembali bersinar.

Bagaimana pula dengan cinta teman?

Cinta teman atau companionate love merupakan intipati pertemanan yang mendalam dalam hubungan antara dua insan. Pasangan merasakan seakan ada satu ikatan pertemanan yang kuat selain dari rasa komitmen dan keintiman. Gabungan ketiga-tiga ciri ini melahirkan satu cinta romantis yang hebat.

Cinta teman rasanya lebih baik daripada cinta ghairah kerana ia memberi rasa kepuasan dan kestabilan. Cinta teman bererti sebuah cinta di mana dua pasangan itu menikmati kebersamaan. Mereka boleh ketawa dan menangis bersama, memiliki perspektif pandangan terhadap banyak perkara yang seakan-akan sama, boleh membawa sebarang topik perbincangan, pendek kata mempunyai saluran komunikasi yang baik dan berupaya menggelola konflik dengan baik untuk mereka bersama. Cinta teman bagaikan memenuhi sebuah resipi ikatan perkahwinan yang ideal.

Jika nak dibandingkan, cinta teman seakan mampu bertahan lebih lama dari cinta ghairah, tetapi bukan mudah bagi seseorang itu untuk bersua dengan cinta ini. Namun apa yang boleh dilakukan bagi mengekalkan sebuah percintaan adalah niat ikhlas daripada kedua-dua pihak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998